Tuesday, November 11, 2008

Bangsa Kita

Papa (sejak kecil lagi, saya memanggil Pak Uda saya dengan panggilan "Papa" dan Mak Uda dengan panggilan "Mummy") bekerja sebagai seorang pengurus di restoran terkenal di Johor Bahru. Biarlah nama restoran itu menjadi rahsia, kecuali kepada sesiapa yang mengenali.

Sebelum saya teruskan, saya ingin tekankan di sini bahawa Papa adalah berbangsa Cina dan telah memluk agama Islam semasa mengahwini Mummy.

Pada suatu hari, seorang makcik tua yang bertudung bersama-sama dengan suaminya telah mendekati kaunter bayaran setelah selesai menikmati hidangan di restoran tersebut. Kebetulan, Papa sedang menjaga kaunter pada hari itu. Apabila makcik tersebut ternampak kelibat Papa, mukanya berubah. Dengan suara yang kuat dan nada yang marah, dia berkata "KALAU AKU TAU AWAL2 TOKEI KEDAI NI CINA, AKU TAK MAKAN KAT SINI TAU!" dan kemudian, dia berpusing kepada suaminya lalu berkata "ABANG, CAMPAK JE DUIT TU KAT MUKA DIA!"

Lalu suaminya yang dayus itu pun mencampakkan duitnya terus ke muka Papa saya.
Kerana mengenangkan maruah diri, Papa dengan sabarnya mengutip semua helaian duit kertas itu dan menghulurkannya semula kepada perempuan BERTUDUNG itu, sambil berkata "Kalau macam tulah, akak, saya HALALKAN makanan akak tadi". Dia mengeluarkan MYKAD kepunyaannya dan menunjukkannya kepada perempuan itu. "Untuk pengetahuan akak, saya orang Islam, sama macam akak. Akak ambilk lah balik duit ni".

Makcik bertudung dan suaminya itu terus berlalu tanpa berkata-kata.

Saya sedih. Mengapa? Kerana orang yang saya sayangi dihina dan dimaki dengan begitu sekali. Apakah dosa Papa kepada makcik itu? Hanya kerana dia berbangsa Cina, perlukah dia diherdik dan dicerca sebegitu rupa?

Kita semua manusia, layakkah kita menentukan siapa yang baik dan siapa yang jahat? Siapa tahu, mungkin orang yang kita anggap hina itu begitu mulia di sisi Allah. Kita tak dapat duga, kan?

Kalau pun Papa bukan Islam, kenapa dia perlu dilayan begitu?

Beginikah kita menegakkan bangsa kita? Dengan menghina orang lain yang tidak melakukan apa-apa dosa kepada kita? Di mana maruah bangsa yang selalu diperkatakan itu jika duit boleh diCAMPAK ke muka orang lain hanya kerana rupanya seperti bangsa lain. Kalau iya pun dia berbangsa lain, perlukah?

Saya sedih. Jika begini bangsa kita, saya malu.


What written in this post was a true story. Papa now dons a songkok and his name tag that shows his Muslim name wherever he goes, because if he doesn't, he is treated like a second-class citizen. We're all Malaysians. Grow up.

4 comments:

Munky itu Hanjeng said...

makcik itu bodoh sebodoh alam..mesti dia berkerja sebagai makcik kubikel di pejabat2 bosan..dan takder life..
diulangi..MAKCIK DAN PAKCIK ITU BODOH..

Zurin said...

Yep, you said it all...

Unknown said...

Yer. Blood boiling. Stupid la.

Zurin said...

Kan? Ish, I wish I was there to give that makcik a huge lempangan. Campak that la, makcik. Ah well...